fbpx

Guna satu tan racun tikus selamatkan populasi burung laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Burung camar Barat antara burung laut yang diancam populasi tikus di Kepulauan Farallon Selatan. - Point Blue Conservation Science 2018/ sfchronicle/ Michael Macor/The Chronicle 2011

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Suruhanjaya Pantai California meneruskan rancangan untuk menabur racun tikus di kawasan Perlindungan Hidupan Liar Kebangsaan Kepulauan Farallon dalam usaha menyelamatkan populasi burung laut yang jarang ditemui, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Tindakan itu akan membantu mengurangkan populasi tikus di pulau-pulau tersebut.

Agensi yang mengawal  pantai California itu meluluskan idea pada Khamis lalu.

Menurut rancangan tersebut, kira-kira 1,360.8 kilogram racun tikus akan dilepaskan dari helikopter di pulau-pulau berbatu di luar pantai San Francisco itu yang menjadi kawasan pembiakan burung laut.

Kira-kira 300,000 burung laut yang bersarang di kawasan perlindungan Kepulauan Farallon sedang diancam oleh populasi tikus yang memakan telur dan anak burung.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, populasi tikus telah meningkat sehingga menarik kedatangan burung hantu ‘burrowing’ yang juga pemangsa kepada burung laut itu, kata beberapa pegawai. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI