fbpx

Jangkaan kes positif Covid-19 meningkat – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan peningkatan kes positif Covid-19 di pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negara selepas kejadian bencana banjir yang berlaku di Malaysia ketika ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keadaan di PPS dianggap berisiko tinggi serta langkah dan pematuhan kesihatan awam mungkin tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya ketika berdepan musibah banjir.

“Dalam kita menyelamatkan mangsa banjir ini, keutamaan adalah untuk menyelamatkan mereka dan kadangkala memang tak dapat dielakkan beberapa perkara yang sepatutnya dibuat dalam langkah kesihatan awam tidak dapat dipatuhi,” katanya ketika sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Tambahnya, setakat sehingga pukul 11.00 pagi tadi, 181 kes dikesan positif Covid-19 di PPS seluruh negara melibatkan 117 kes di Selangor, Pahang (52), Kelantan (enam), Kuala Lumpur (empat) dan masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Melaka.

Hasil saringan di PPS terlibat mendapati kebanyakan kes adalah daripada kategori satu dan dua dengan kesemua kes dipindahkan ke hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau kemudahan yang ditentukan iaitu PPS khusus untuk mereka yang mempunyai kes Covid-19.

Menurut Khairy lagi, KKM juga mengenal pasti seramai 206 mangsa banjir sebagai kontak rapat dan mereka juga dipindahkan ke PPS yang khusus serta hospital.

Bagi menghadapi pertambahan kes Covid-19 Khairy berkata, sistem kesihatan awam telah siap sedia untuk menerima lebih ramai pesakit disebabkan musibah banjir yang melanda.

“Kita akan tambah bilangan pasukan KKM di lapangan. Kita akan teruskan dengan saringan-saringan di PPS supaya kita dapat kenal pasti mereka yang positif kemudian diasingkan dan kontak rapat mereka juga telah dikenal pasti dan turut diasingkan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI