fbpx

Lelaki cedera ditikam ketika tebar roti canai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI BULOH – Seorang lelaki warga Indonesia cedera ditikam rakan senegara dalam satu pergaduhan di sebuah restoran di Medan Selera berhadapan RHB Bandar Baru Sungai Buloh, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 9.45 malam berhubung satu pergaduhan hingga menyebabkan mangsa ditikam.

“Pasukan dari Balai Polis Sungai Buloh yang tiba di lokasi mendapati suspek telah diberkas oleh orang awam sejurus kejadian.

“Polis telah membuat tangkapan semula terhadap suspek yang merupakan warga Indonesia berusia 27 tahun itu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, mangsa yang dikenali Zakaria itu ditikam dengan pisau ketika sedang menebar roti canai oleh suspek yang juga pekerja kedai nasi lemak di situ.

Menurutnya, mangsa yang cedera parah telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI