fbpx

[KEMASKINI] Tiga lagi mangsa ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mayat mangsa yang ditemukan oleh pasukan bomba hari ini.

BENTONG – Seramai tiga lagi mangsa yang dihanyutkan arus deras kepala air di Sri Telemong di sini ditemukan hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat pertama yang merupakan wanita Melayu ditemukan pada pukul 1.06 tengah hari kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Mangsa kedua yang merupakan wanita Melayu warga emas ditemukan pada pukul 1.20 petang kira-kira 100 meter daripada lokasi mangsa pertama.

“Mangsa ketiga yang merupakan lelaki dewasa berketurunan India ditemukan kira-kira 100 meter dari mangsa kedua,” katanya di sini hari ini.

Semalam lima buah kenderaan yang melalui Jambatan Telemong di sini dihanyutkan arus deras dipercayai kepala air.

Dalam kejadian itu dipercayai seramai 10 orang berjaya menyelamatkan diri manakala enam orang dihanyutkan arus deras termasuk seorang yang ditemukan lemas semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI