fbpx

Perlis, Kedah serta Pulau Pinang pula dijangka hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Selepas menamatkan amaran hujan berterusan di sebelah Pantai Barat Semenanjung semalam, kini amaran hujan lebat pula bakal berlaku di sebelah Utara tanah air bermula pagi esok.

Jabatan Metrologi Malaysia (MetMalaysia) melalui siaran langsung di YouTubenya sebentar tadi berkata, penduduk di tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang diminta untuk terus berhati-hati berkenaan cuaca buruk yang bakal berlaku di negeri masing-masing.

“Selepas cuaca kembali pulih di sebelah Pantai Barat Semenanjung, tiga negeri di Utara tanah air terutamanya Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bakal menghadapi keadaan hujan lebat bermula awal pagi esok.

“Penduduk di negeri-negeri terlibat diminta untuk berjaga-jaga dengan keadaan hujan lebat dan angin kencang dan berwaspada dengan banjir kilat serta kemusnahan struktur bangunan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI