fbpx

PAPSMA jamin kemasukan pekerja Bangladesh pantas, tanpa masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukumaran Nair

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) memberi jaminan akan mematuhi segala prosedur dan garis panduan ditetapkan bagi membantu majikan membawa masuk tenaga kerja dari Bangladesh ke negara ini.

Setiausaha Agungnya, Dr. Sukumaran Nair berkata, jaminan kepada kerajaan Malaysia dan Bangladesh itu adalah bagi memastikan perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan pantas serta tanpa masalah.

“Kami gembira kerana Kementerian Sumber Manusia mempercayai serta memberi mandat kepada PAPSMA untuk sama-sama terlibat dalam proses pengambilan pekerja Bangladesh dalam pelbagai sektor di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Bangladesh yang berlangsung semalam.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan semalam, pelaksanaan MoU itu akan dikawal selia oleh satu Kumpulan Kerja Bersama (JWG) yang dianggotai oleh kedua-dua negara.

Pemeteraian MOU itu dijangka dapat menampung keperluan mendesak untuk guna tenaga asing termasuk di sektor perladangan yang telahpun diluluskan oleh Jemaah Menteri sebanyak 32,000 secara pengecualian khas.

Dalam pada itu, Sukumaran turut meluahkan kegembiraan kerana garis panduan serta polisi disediakan kepada kedua-dua negara adalah terperinci. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI