fbpx

JAS ambil tindakan 1,053 aduan pencemaran di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah Zakiah (kanan) pada Majlis Eco Night for Eco Knights di George Town semalam.

GEORGE TOWN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengambil tindakan ke atas 1,053 aduan berhubung pencemaran alam sekitar sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya sentiasa komited dalam menyiasat aduan yang berkaitan bidang kuasa pihaknya mengikut Akta 127 terutamanya mengenai pembakaran terbuka, kawalan pencemaran udara dan efluen dari industri serta buangan terjadual.

“Tahun ini sahaja kita menyiasat dan mengambil tindakan ke atas 1,053 aduan orang awam, manakala 1,194 kompaun bernilai hampir RM2.2 juta dikeluarkan.

“Sebanyak 322 notis arahan di bawah Seksyen 31 dan 32 dikeluarkan selain sepuluh kertas siasatan untuk pendakwaan di mahkamah serta masing-masing satu penggantungan lesen dan perintah larangan,” katanya pada Majlis Eco Night for Eco Knights di sini malam tadi.

Pada acara itu akhbar Kosmo! turut menerima Anugerah Khas Artikel Pilihan JAS Pulau Pinang menerusi penyiaran laporan berita bertajuk ‘Premis lerai e-waste dikompaun RM30,000, diarah tutup’.

Sementara itu, Sharifah Zakiah berkata, pihaknya sentiasa komited memastikan penguatkuasaan undang-undang berkaitan alam sekitar sentiasa diutamakan biarpun berdepan cabaran.

“Walaupun negeri yang kecil, Pulau Pinang menduduki tempat keempat dari segi bilangan premis industri, selepas Selangor, Johor, dan Perak.

“Hal ini menjadikan isu penguatkuasaan yang dihadapi oleh JAS Pulau Pinang suatu yang lebih mencabar dengan bilangan pegawai penguatkuasa yang terhad,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak industri melalui melalui pendekatan tanggungjawab sosial korporat (CSR) selagi tidak bercanggah dengan dasar-dasar berkaitan pengurusan alam sekitar dan penguatkuasaan undang-undang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI