fbpx

Tiga hilang dalam kejadian banjir lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan operasi mangsa yang hilang dihanyutkan arus deras susulan banjir lumpur di Bobby Eco Camp di Bentong, hari ini.

BENTONG – Seramai tiga orang termasuk seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras susulan banjir lumpur yang berlaku di Bobby Eco Camp di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam itu seramai 32 mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan kesejukan di luar inap desa terbabit.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, tiga mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak itu didapati hilang dipercayai dibawa arus deras.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa giat dijalankan dibantu tiga ekor anjing pengesan (K9) dan tujuh anggota unit pengesan.

“Kawasan pencarian dijalankan pada jarak 300 meter radius dari kawasan kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa masih belum ditemui dan operasi ditangguhkan pada pukul 6.30 petang dan akan disambung semula esok. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI