fbpx

Penamatan amaran hujan berterusan di 8 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan penamatan amaran berterusan di lapan negeri berkuat kuasa hari ini.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, amaran hujan berterusan dikeluarkan pada pukul 11.30 pagi tadi dan berakhir pada hari ini.

“Penamatan ini disebabkan keadaan cuaca di negeri terbabit dijangkakan bertambah baik.

“Selain itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan atau di talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI