fbpx

Kecederaan serius mampu rencatkan perkembangan Azeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Amir (kanan) mendedahkan perlu berhati-hati menangani Azeem supaya tidak mengalami kecederaan serius yang boleh membantutkan perkembangan pelari pecut remaja itu.

 

SIRI KEDUA

KECEDERAAN serius sehingga perlu menjalani pembedahan seperti hamstring atau Anterior Cruciate Ligament (ACL) adalah perkara paling ditakuti setiap atlet dalam apa jua jenis sukan termasuk olahraga.

Itulah perkara yang perlu die­lakkan terjadi kepada permata dalam pembikinan, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi jika pelari pecut muda negara itu mahu mencatat masa di bawah 10 saat (s) untuk acara 100 meter (m).

Jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah mendedahkan, hasratnya untuk melihat anak didiknya itu mampu bertahan lama dalam sukan olahraga seperti legenda pecut dunia, Usain Bolt yang bersara pada usia 31 tahun.

“Saya paling risau aspek kecederaan sebab kita mahu dia (Azeem) mampu berlari sehingga satu peringkat umur seperti Bolt. Maksudnya masih boleh bertahan lagi sehingga umur 28, 29 tahun.

“Kecederaan ringan itu biasa tetapi yang serius sehingga boleh merencatkan kemajuan seperti hamstring masih belum lagi. Namun, susah sebenarnya untuk kita elak daripada berlaku.

“Saya mahu dia ada masa rehat yang cukup, paling kurang dua hingga tiga minggu dan bergantung kepada keadaan badannya. Kita kena ambil masa dan jangan terburu-buru,” katanya.

Kosmo! melaporkan Azeem, 16, mempunyai masa sehingga berumur 26 tahun untuk mencatat masa di bawah 10s selain meletak sasaran layak ke Sukan Olimpik serta memadam rekod 100m dan 200m kebangsaan dalam tempoh empat tahun lagi.

“Tiada masa yang ideal untuk catatan di bawah masa 10s kerana ada atlet berlatih 10 tahun pun belum boleh mencapainya tetapi ada juga yang dapat melakukannya dalam tempoh dua hingga lima tahun sahaja.

“Banyak faktor perlu diambil kira seperti aspek persekitaran, psikologi, emosi dan disiplin atlet. Adaptasi atlet kepada program latihan jurulatih, usia latihan, bakat dan kualiti pelaksanaan aktiviti.

“Kalau mengikut pengalaman, kita ada ramai pelari yang lebih berpengalaman daripada Azeem. Kita tidak tahu mungkin Haiqal (Hanafi) yang boleh menjadi pelari pertama negara di bawah 10s,” jelas Amir Izwan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI