fbpx

Difitnah tanpa henti, Hyeri ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HYERI

MENYEDARI semakin banyak berita tidak betul bertebaran dalam internet mengenai artis naungan mereka, syarikat Creative Group ING nekad mengambil tindakan undang-undang.

Kata syarikat tersebut, sejak kebelakangan ini, nama artis naungan mereka iaitu Hyeri sering timbul dalam banyak hantaran berita palsu.

Berita tidak benar tersebut meliputi pelbagai aspek antaranya penyebaran fitnah, serangan peribadi dan seksual.

“Dalam pada kami memantau semua laporan yang diterima, syarikat cuba memandang kewujudan berita berkaitan Hyeri adalah salah satu bentuk ‘kebebasan untuk bereksperesi’.

“Malangnya, kami mendapati terdapat tindakan daripada beberapa individu yang dilihat berterusan menyasarkan Hyeri dengan pelbagai cerita tidak benar. Maka kami tidak akan berdiam diri dan hanya melihat semua ini berlaku,” katanya.

Justeru, Creative Group menegaskan, pihaknya akan terus memantau bukti sekali gus merancang untuk memfailkan tindakan undang-undang menerusi wakil guaman.

“Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini tanpa sebarang kompromi,” tegas syarikat tersebut memberi amaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI