fbpx

Polis Kelantan pantau keselamatan rumah mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (depan) melawat Balai Polis Rantau Panjang yang dinaiki air banjir hari ini.

RANTAU PANJANG – Polis akan membuat pemantauan di rumah-rumah mangsa banjir di negeri ini yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya telah menjalinkan kerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan semua rumah mangsa-mangsa banjir berada dalam keadaan selamat.

“Selain itu, kita juga akan mendapatkan khidmat Pasukan Polis Marin (PPM) untuk membuat pemantauan di lokasi-lokasi yang sukar untuk dimasuki.

“Jadi, penduduk tidak perlu bimbang keselamatan rumah mereka. Polis akan memberikan khidmat terbaik bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas turun padang meninjau keadaan Balai Polis Rantau Panjang di sini yang sudah ditenggelami banjir ekoran limpahan air Sungai Golok hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komsioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir.

Mengulas lanjut, Shafien memberitahu, pihaknya berharap semua mangsa-mangsa banjir memberikan kerjasama sebaik mungkin sekiranya diarahkan untuk berpindah dengan kadar segera.

Katanya, pemindahan awal itu penting bagi memastikan operasi menyelamat dapat dilaksanakan dengan baik mengikut prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI