fbpx

Cuaca di Selangor, Kuala Lumpur bertambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan keadaan cuaca di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertambah baik sejak tengah hari tadi.

Terdahulu, hujan berterusan selama dua hari di sekitar Lembah Klang menyebabkan keadaan banjir terutama bagi negeri Selangor yang disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air sehingga berlaku penutupan di beberapa laluan utama dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah.

Sementara itu, MetMalaysia juga melaporkan keadaan hujan di beberapa kawasan di negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang dijangka berterusan sehingga lewat malam nanti.

Jelas MetMalaysia, orang ramai perlu kekal berwaspada dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan cuaca terkini dan dinasihatkan untuk tidak berada di kawasan berisiko banjir. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI