PUTRAJAYA – Kes harian mencatatkan di bawah angka 4,000 dengan 3,108 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 2,718,955 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam ciapan Twitter di sini hari ini. -K! ONLINE.