fbpx

Operasi pencarian baki PATI bot karam dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat menarik bot terbalik yang dinaiki PATI Indonesia dalam kejadian di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor Rabu lalu. Foto IHSAN APMM

KOTA TINGGI – Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) 16 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang disyaki masih hilang selepas bot pancung dinaiki karam di perairan Tanjung Balau Rabu lalu ditamatkan.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor, Kapten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa berkata, pusat pangkalan hadapan carilamat yang dibuka di pantai tersebut sejak lima hari lalu akan ditutup hari ini.

“Dimaklumkan operasi pencarian ditamatkan hari ini di mana pusat kawalan di tempat kejadian yang ditubuhkan akan ditutup.

“Bagaimanapun pencarian dan pemantauan di laut dan darat tetap dilakukan oleh petugas yang mengawal persisiran pantai termasuklah rondaan menggunakan aset di laut yang membuat operasi harian.

“Sebagai contoh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan motosikal seperti mana mereka lakukan rondaan ops benteng manakala APMM menggunakan aset tetap yang berada di laut untuk jalankan operasi penguatkuasaan, dalam masa sama kita tetap jalankan operasi di laut.

“Keputusan ini dibuat selepas tiada penemuan baru dan peluang menemui mangsa di laut tipis ini kerana operasi carilamat yang khusus tanpa sebarang petunjuk dilihat kurang efektif dan berkesan,”katanya pada sidang akhbar di PHC Tanjung Balau, Kota Tinggi di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI