fbpx

Lelaki dikhuatiri lemas kereta dihanyut arus deras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bapa mangsa Nazlan Hassan melaungkan azan ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat anaknya di Kampung Chempaka di Kuantan.

KUANTAN – Kejadian banjir di negeri ini terus meragut korban apabila seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaikinya hanyut dibawa arus deras dalam kejadian di Kampung Chempaka, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Halmi Nazlan, 34, bersama rakannya, Muhammad Amirul, 23, dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Pekan.

“Ketika melalui jambatan di kampung terbabit, kereta Proton Exora yang dinaiki mangsa gagal dikawal dan dihanyutkan arus deras ke sungai berkenaan.

“Bagaimanapun rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri sebaliknya mangsa terus dihanyutkan arus sebelum hilang,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa telah dilakukan serta merta membabitkan dua pegawai dan lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya, kereta mangsa ditemukan tenggelam kira-kira 100 meter dari jambatan berkenaan dan operasi SAR dilakukan pada jarak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI