fbpx

Fizo Omar ‘stuck’ di Karak, minta doa semua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN video Fizo menerusi Instagram yang memaklumkan dia terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Karak-KL.

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar dan ratusan pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak terkandas di pertengahan jalan selepas berlaku kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang berhampiran Bentong, Pahang tengah malam tadi.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, yang kebetulan dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur selepas menghadiri sebuah acara menerusi video perkongsiannya dalam Instagram memberitahu semua jenis kenderaan tidak dapat melalui lokasi tersebut.

“Tanah runtuh di Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur. Semua kereta stuck (sangkut) di sini, nak patah balik ke Karak pun tak boleh sebab banjir dan air sudah mula melimpahi jalan.

“Sesiapa yang merancang untuk ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak, baik tangguhkan dahulu, tidak lepas,” kongsinya sekitar pukul 12 tengah malam tadi.

Menerusi hantaran lain, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu turut memaklumkan, hingga pukul 3 pagi tadi, belum ada sebarang bantuan yang tiba ke lokasi kejadian.

“Belum ada sebarang bantuan tiba. Semua laluan terputus. Allahu tak terdaya kami nak bantu, ramai yang terkandas termasuk anak-anak kecil dan warga emas.

“Diharap mana-mana pihak dapat menghantar bantuan secepat mungkin. Doakan ya semua,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti mendoakan keselamatan anak jati kelahiran negeri Che Siti Wan Kembang itu dan semua pengguna jalan raya lain yang terlibat.

“Allahu Akbar! Moga baik-baik sahaja Fizo di sana. Jaga diri. Semoga bantuan cepat sampai. Semoga semua urusan dipermudahkan,” tulis pengikut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI