fbpx

Masjid di Wilayah Persekutuan dijadikan PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas masjid mula mengagihkan bantuan food bank dan makanan bermasak kepada mangsa banjir di PPS sekitar Kuala Lumpur.

PUTRAJAYA – Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan kini dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir khususnya di sekitar Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, beliau sudah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) supaya menyelaras perkara itu.

Beliau berkata, antara masjid berkenaan termasuk Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Putrajaya).

“Masjid-masjid lain di Wilayah Persekutuan telah bersedia dan juga akan menyediakan keperluan keperluan yang bersesuaian.

“Pihak masjid juga akan menguruskan makanan melalui Program Dapur It’am dan Jawi Food Bank,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, beliau turut mengarahkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menyediakan keperluan untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Idris berkata, beliau berharap agar mangsa-mangsa banjir terus bersabar dengan ujian daripada Allah SWT yang menimpa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI