fbpx

Banjir : Keadaan di Pahang semakin buruk, 5,802 dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Pahang.

KUANTAN – Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk apabila jumlah mangsa terus meningkat dengan mencatatkan jumlah paling ramai dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding negeri-negeri lain.

Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS di Pahang paling tinggi iaitu 5,802 orang diikuti Selangor iaitu seramai 5,174 orang.

“Setakat pukul 10.30 pagi ini, sebanyak 138 PPS telah dibuka di seluruh negeri menempatkan 1,605 keluarga termasuk 3,935 orang dewasa, 1,699 kanak-kanak, 168 bayi, 405 warga emas dan 47 orang kelainan upaya (OKU),”katanya.

Sementara itu, data laman web rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) menunjukkan jumlah sungai yang mencapai tahap bahaya di negeri ini juga semakin meningkat.

Terdapat 18 sungai di negeri ini telah melebihi tahap bahaya dan lapan sungai melebihi tahap amaran manakala enam lagi melebihi tahap waspada.

Bagaimanapun tiada amaran banjir terkini atau ramalan kawasan yang dijangka banjir dikeluarkan setakat ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI