PETALING JAYA – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) meminta orang ramai untuk mengabaikan mesej yang tular di media sosial mengenai kejadian banjir besar bakal berlaku.
Menerusi satu kenyataannya di Facebook, MPAJ memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut seperti mana yang telah tular kerana pengurusan empangan bukan di bawah bidang kuasa mereka.
“Mohon abaikan mesej yang tular ini kerana ia adalah berita palsu.
“Semak sebelum sebar,” katanya. – K! ONLINE