fbpx

Air Empangan Klang Gate dilepaskan secara berperingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empangan Klang Gate.

PETALING JAYA – Air dari Empangan Klang Gate Hulu Kelang mula dilepaskan secara berperingkat bermula malam tadi setelah dilaporkan telah melepasi tahap bahaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak memaklumkan, sekiranya berlaku sebarang kemungkinan susulan tindakan proses pelepasan air dari empangan, semua pegawai dan anggota akan segera dikerahkan pada bila-bila masa untuk membantu orang ramai khususnya penduduk di kawasan pentadbiran IPD Ampang Jaya.

“Seramai lima pegawai dan 32 anggota ditugaskan telah bersiap siaga.

“Semua pegawai dan anggota terlibat dari Balai Polis Melawati, Balai Polis Hulu Kelang, Balai Polis Ampang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya di Taman Melawati dan kawasan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Farouk, beliau meminta orang ramai untuk kekal bertenang kerana pelaksanaan proses melepaskan air empangan dilakukan secara berhati-hati mengikut prosedur ditetapkan agar tidak mengundang risiko yang lebih berbahaya.

Setakat ini, sebanyak 25 peratus dari jumlah keseluruhan air dalam empangan berkenaan sudah dilepaskan secara berperingkat dan proses pertama pelepasan air dilakukan pada pukul 11.50 malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN