fbpx

Perkhidmatan Komuter, KTM Antarabandar terjejas ekoran banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perkhidmatan tren Skypark Link dan KTM Komuter bagi laluan KL Sentral – Pelabuhan Klang – KL Sentral telah mengalami gangguan ekoran banjir kilat di antara Stesen Subang Jaya ke Stesen Batu Tiga.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan berkata, tren dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang akan ditamatkan di Stesen Subang Jaya dan akan berpatah balik ke KL Sentral.

“Manakala tren dari Pelabuhan Klang ke KL Sentral akan ditamatkan di Stesen Batu Tiga dan akan berpatah balik ke Pelabuhan Klang,” katanya di laman Facebook hari ini.

Pada masa sama, KTMB turut memaklumkan bahawa perkhidmatan tren antara bandar melibatkan Ekspres Rakyat Timuran (Tren No.26 & No.27) laluan JB Sentral – Tumpat – JB Sentral turut dibatalkan.

Para penumpang boleh membuat pembatalan tiket di kaunter atau secara dalam talian untuk mendapatkan pemulangan tambang penuh.

Bagaimanapun kata KTMB, pihaknya akan menyediakan beberapa perkhidmatan tren Shuttle Timuran.

“Tren 58 yang akan tamat di Gua Musang, Tren 59 bermula dari Gua Musang, Tren 60 bermula dari Dabong dan Tren 57 yang tamat di Dabong.

“Untuk info lanjut sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03 2267 1200 atau mendapatkan maklum balas segera melalui messenger facebook rasmi KTMB,” kata KTMB.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI