KLANG – Jika orang lain sibuk dengan masalah banjir, berlainan pula bagi sekumpulan individu yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda yang cuba melanggar orang harung banjir di Kampung Batu Belah di sini.
Insiden itu tular menerusi video berdurasi 33 saat memaparkan tindakan kurang ajar pacuan empat roda itu yang melakukan aksi berbahaya melanggar secara mengundur terhadap lima individu yang sedang mengharungi banjir.
Perbuatan biadab itu mengakibatkan kelima-lima individu dengan tiga daripada berbasikal terjatuh ke dalam air banjir setinggi paras paha.
“Oi gila ke,” kata individu yang terjatuh tersebut.
Seorang pengguna dikenali sebagai Raden berkata, kumpulan individu yang menaiki pacuan empat roda didakwa berada dalam keadaan mabuk.
“Bawa truck melulu dalam keadaan mabuk lepas itu orang marah, dia hendak langgar balik.
“Ramai lagi terkena dengan mereka di laluan tersebut,” katanya.
Sementara itu, bagi pengguna, Muhd. Hakim menyifatkan tindakan tersebut seperti tidak ‘menghormati’ suasana orang ramai yang terkesan akibat banjir.
“Adoi…ni laa first time dlm sejarah bnjir…dalam banjir pun boleh gaduh…. sepatutnye bantu membantu sesama sendiri… sekarang tengij macam dah rapuh plak,” jelasnya.
Malah, rata-rata yang turut marah dengan insiden itu menegaskannya seperti satu cubaan membunuh.
“Driver Hilux hitam tu, ada niat membunuh…Boleh buat laporan balai ni,” ujar Mphy Mj. -K!ONLINE