fbpx

Arrizabalaga diberi peluang kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARRIZABALAGA dikritik hebat selepas berdepan masalah prestasi musim lalu menyebabkan dia hampir dijual oleh Chelsea. – AFP

LONDON – Penasihat Teknikal Chelsea, Petr Cech mengesahkan penjaga gol kontroversi, Kepa Arrizabalaga masih lagi mempunyai peluang untuk berada dalam ke­sebelasan utama The Blues pada saingan musim depan.

Sebagai rekod, penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu dikritik hebat pada saingan musim lalu selepas melakukan kesilapan mudah sehingga menyaksikan ketua jurulatih, Frank Lampard menggugurkannya dalam kese­belasan utama.

Cech yang merupakan penjaga gol legenda Chelsea percaya Arrizabalaga tidak akan dijual pada jendela perpindahan musim ini sebaliknya diberikan peluang untuk membuktikan keupayaannya kepada Lampard.

“Tidak dinafikan Arrizabalaga telah bergelut dengan prestasi pada musim lepas tetapi itu tidak bermakna kami tidak lagi mempercayai bakatnya untuk menjadi penjaga gol No. 1 pasukan.

“Dia adalah penjaga gol termahal dunia dan kami telah memberikannya kontrak jangka panjang. Justeru, ia adalah bukti bahawa kelab sangat percaya dengan kualiti yang dimiliki oleh Arrizabalaga,” katanya.

Sebagai rekod, Chelsea telah berbelanja besar untuk saingan musim baharu dengan menandatangani beberapa pemain bertaraf bintang seperti Timo Werner, Thiago Silva, Hakim Ziyech, Ben Chilwell dan Malang Sarr.

Difahamkan, Chelsea berhasrat untuk menjual Arrizabalaga terlebih dahulu sebelum membeli penjaga gol baharu dan telah menyasarkan Edouard Mendy daripada pasukan Rennes atau Andre Onana (Ajax Amsterdam). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI