fbpx

Hujan nafi hajat Jackie pecah rekod kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKIE berjaya meraih pingat emas Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan semalam.

JAGUH baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer kecewa tidak dapat memperagakan prestasi terbaiknya pada Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Jackie menyifatkan prestasi­nya terjejas disebabkan hujan lebat sekali gus menyaksikan dia sekadar memenangi acaranya dengan balingan sejauh 63.76 meter (m) sahaja.

“Saya sempat melakukan tiga balingan pertama sebelum penganjur terpaksa membatalkan tiga percubaan terakhir di­sebabkan hujan lebat. Jadi, saya menang dengan balingan sejauh 63.76m sahaja.

“Walaupun menang tetapi saya ada sedikit kecewa kerana saya merasakan diri dalam keadaan yang terbaik sekarang. Namun, tak boleh nak salahkan sesiapa sebab hujan lebat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Situasi tersebut secara tidak langsung menafikan hajat atlet dari Sarikei, Sarawak itu untuk memperbaharui catatan peri­badinya yang juga rekod kebangsaan dengan catatan 68.22m dilakukan pada kejohanan sama dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Jackie percaya dia masih mempunyai ­peluang apabila meletakkan sasaran untuk melakukannya pada temasya Sukan SEA di Hanoi, Vietnam dari 12 hingga 23 Mei tahun depan.

“Selepas ini saya akan kembali menjalani latihan dengan tumpuan sepenuhnya untuk Sukan SEA. Saya perlu berada pada tahap terbaik sewaktu Sukan SEA kerana saya mahu cuba melayak­kan diri ke Sukan Asia tahun depan,” jelas­nya.

Jackie menjelaskan, dia perlu melakukan lontaran sekurang-kurangnya sejauh 70m ke atas untuk layak ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China yang dijadualkan dari 10 hingga 25 September.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI