fbpx

Ramai pemain EPL degil tolak vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANYA 68 peratus pemain di EPL yang telah menerima suntikan vaksin setakat Oktober lalu sekali gus dianggap punca penularan Covid-19 ketika ini. – AFP

LONDON – Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berisiko berdepan ‘kehancuran’ sekiranya masih ramai pemain yang beraksi dalam pertandingan berkenaan berte­rusan menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Pendapat itu disuarakan Pakar Kardiologi Sukan United Kingdom, Professor Sanjay Sharma selepas ada pemain-pemain berstatus bintang membuat keputusan untuk tidak menerima suntikan.

Menurutnya, beberapa pemain ternama daripada sai­ng­an EPL memilih untuk tidak divaksin dengan alasan kerana mengambil kira amalan keluarga mereka yang vegetarian.

Malah, ada daripada pemain menyatakan rasa bimbang pengambilan vaksin akan menjejaskan tahap kesuburan.

Situasi itu membuatkan ramai doktor dan pengamal perubatan berasa kecewa dengan sikap sedemikian biarpun pelbagai bukti sudah dijelaskan untuk menjawab kebimbangan mereka.

Sebuah kelab di London juga mendapati ada pemainnya yang beragama Kristian memberi alasan bahawa mereka langsung tidak mempercayai vaksin.

Sebahagian pemain mereka yang tidak divaksin turut menjadi sebagai salah satu sebab berlakunya penularan virus Covid-19 hingga mengakibatkan berlaku penangguhan perlawanan.

Pada Oktober lalu, saingan EPL mencatatkan hanya 68 peratus pemain yang lengkap me­nerima dua suntikan.

Walaupun ada tawaran untuk pemain mengambil suntikan ‘booster’ tetapi kelab tidak boleh memaksa mereka mengambilnya ataupun melengkapkan dua dos awal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI