fbpx

Mohammed ganti Todt ketuai FIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMED dilantik sebagai presiden baharu FIA menggantikan Todt yang sudah memegang jawatan itu selama tiga penggal sejak 2009. – FIA

DUBAI – Bekas juara 14 kali Kejuaraan Rali Timur Tengah, Mohammed Ben Sulayem dipilih sebagai Presiden Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) yang baharu menggantikan Jean Todt.

Mohammed yang dilahirkan di Emiriyah Arab Bersatu dipi­lih bagi mengetuai badan induk sukan permotoran dunia itu selepas menerima 62 peratus undian daripada Majlis Tertinggi FIA yang terdiri daripada 245 ahli dan organisasi.

Pada undian tersebut, Mohammed menewaskan pencabar terdekat dari Britain, Graham Stoker, manakala Todt tidak bertanding kerana sudah memegang jawatan itu selama tiga penggal sejak 2009.Pemilihan

Mohammed itu turut menyaksikan beliau adalah individu pertama dari benua bukan Eropah meme­gang jawatan paling penting dalam arena sukan permotoran tersebut.

“Keputusan undian sudah diterima dan kami menang. Kami sangat gembira kerana menerima 62 peratus undian daripada kelab dan organisasi dan kami sangat bersyukur.

“Sokongan daripada anda akan membantu kami membentuk organisasi yang lebih mantap,” kata Mohammed menerusi laman media sosial Twitter.

Difahamkan, Fabiana Ecclestone yang merupakan isteri kepada bekas supremo F1, Bernie dilantik sebagai Naib Presiden kepada Mohammed dan beliau bakal menguruskan sukan itu di Amerika Selatan.

Sementara itu, Todt pula dikatakan sedia untuk pulang ke pangkuan Ferrari dengan menggalas peranan sebagai penasihat pasukan, sama seperti Niki Lauda ketika bersama Mercedes sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI