JAKARTA – Sebuah majlis pertunangan di Indonesia menjadi tular apabila calon pengantin lelaki dilaporkan memberikan hantaran berupa wang tunai berjumlah 200 juta rupiah (RM58,648) dan sebuah kereta jenama mewah, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram, sebuah kereta berjenama Wuling Almaz pada awalnya dilihat sedang diangkut oleh sebuah lori untuk dihantar sebagai hantaran daripada pihak lelaki.
Tidak lama selepas itu, video tersebut memaparkan suasana rombongan meminang bagi majlis pertunangan antara calon pengantin lelaki yang bernama David dan tunangnya, Putri.
Bukan sekadar kereta mewah, Putri turut menerima hantaran berupa wang tunai berjumlah 200 juta rupiah (RM58,648).
Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.
“Mengapa perlu berlebih-lebih untuk berkahwin?” komen seorang netizen.
“Hebat sekali. Bukan sebarangan orang yang ingin berkahwin itu. Orangnya berasal dari keluarga berada. Semoga berkekalan,” kata seorang lagi. – AGENSI