fbpx

Bada berdebar nak bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADA

BADA berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Bada yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga berkongsi perkara tersebut bersama peminatnya menerusi Instagram.

Menurut Bada, kandungannya berada dalam keadaan sihat.

“Sebenarnya, saya berasa tidak senang hati menerima ucapan tahniah ketika negara sedang dilanda banjir dan Covid-19.

“Saya bakal bergelar seorang ibu tidak lama lagi.

Sama seperti saya, keadaan bayi dalam perut sangat sihat dan kuat.

“Berkemungkinan bayi saya akan lahir pada bulan ini. Saya sangat gementar dan tolong doakan saya,” ujarnya.

Pada masa sama, penyanyi itu turut berkongsi perancangannya selepas bersalin kelak.

“Selepas bersalin nanti, saya akan tetap bekerja keras untuk masa depan kami.

Jadi sentiasalah sokong dan sayangi saya sampai bila-bila. Saya sayangkan kalian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI