fbpx

Lelaki putus cinta panjat, tidur atas menara 80 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemuda tersebut memanjat menara setinggi 80 meter, berdiri di atasnya dan akhirnya tertidur. – Instagram

JAKARTA – Gara-gara putus cinta, seorang lelaki bertindak nekad dengan memanjat sebuah menara besi di Indonesia dan tertidur di atas menara tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Berdasarkan sebuah rakaman video yang dikongsikan di laman Instagram, pemuda tersebut dilaporkan memanjat menara setinggi 80 meter, berdiri di atasnya dan akhirnya tertidur.

Aksi nekadnya menimbulkan kekecohan dengan orang ramai berkumpul di bawah kerana bimbang dia akan bertindak di luar jangkaan.

Pihak polis turut dikejarkan ke lokasi kejadian yang dikatakan berlaku di Probolinggo, dalam wilayah Jawa Timur.

Selain itu, turut dibawa bersama polis adalah seorang wanita yang dipercayai bekas kekasih lelaki terbabit bagi tujuan memujuknya agar dia turun ke bawah.

Wanita tersebut dilihat menjerit  memanggil lelaki berkenaan untuk turun ke tanah. Tidak lama selepas mencuba, dia akhirnya akur dan turun ke bawah.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai pandangan mengenai insiden tersebut.

“Ada-ada sahaja. Kalau kehilangan seorang kekasih, ada ramai lagi wanita di luar sana. Kalau sudah tiada jodoh, apa lagi yang boleh dilakukan jika begitu kehendak takdir,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI