fbpx

Rupa-rupanya ramai yang sayangkan Mimi Fly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Mimi ketika bercuti di sebuah pulau di Sabah baru-baru ini.

BARU-BARU ini Diva ternampak sebuah video percutian penyanyi ligat, Mimi Fly ketika dia berada di Pulau Mabul, Sabah.

Bukan main seronok lagi Diva lihat penyanyi yang digelar sebagai Rihanna Malaysia itu melayan anak-anak Bajau Laut di sana. Siap Mimi bermurah hati belanja aiskrim lagi.

Seperti semua sedia maklum, kalau bab berpakaian, Mimi memang agak ‘daring’ sikit. Bahasa mudahnya seksi. Macam video yang Diva tengok dalam Instagram Mimi.

Baju yang dipakai sampai terselak-selak ditiup angin sehingga menampakkan pakaian dalam atau bra yang dipakainya.

Sajalah Diva jenguk dalam ruangan komen. Mana tahu ada ‘ustaz dan ustazah jadian’ yang menegur cara Mimi berpakaian.

Tapi sebaliknya berlaku apabila banyak komen positif yang mendoakan penyanyi itu bersempena dengan sambutan hari lahirnya.

Malah ada juga yang memuji kecantikan semula jadi Mimi walaupun dia tidak mengenakan sebarang solekan dan berkulit hitam manis.

“Bila tengok video ini mengajar saya banyak benda. Biarlah luaran kita nampak jahat, tetapi dalaman kita gembira. Pedulikan apa orang nak kata. Hidup kita adalah hak kita,” kata seorang peminatnya.

Diva pun sebenarnya suka dengan sikap Mimi. Peramah dan paling penting merendah diri walaupun air mukanya nampak garang.

DIVA: Dengar cerita ramai yang tidak puas hati Datuk Fazley tersingkir pada konsert Gegar Vaganza minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI