fbpx

Banjir: Lima pekerja pembalakan terperangkap diselamatkan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian lima pekerja pembalakan yang terperangkat akibat banjir di sebuah rumah kongsi di Sungai Kelemin, Hulu Dungun sebelum diselamatkan bomba hari ini.

DUNGUN – Seramai lima pekerja pembalakan yang tinggal di rumah kongsi berhampiran Sungai Kelemin, Hulu Dungun dekat sini berdepan detik cemas apabila terperangkap selepas laluan keluar dari kawasan hutan tersebut dinaiki banjir hari ini.

Mereka yang berusia 50-an bernasib baik apabila diselamatkan pasukan bomba pada pukul 2.35 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al-Muktafi Billah Shah, Zul Husni Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada mangsa terbabit memohon bantuan pada pukul 1.30 tengah hari.

“Kami segera ke lokasi itu sebelum mengambil masa kira-kira 40 minit untuk membawa mangsa keluar dari sungai berkenaan menggunakan bot sejauh lapan kilometer.

“Keadaan arus deras dan kayu hanyut merupakan antara kesukaran yang terpaksa dihadapi dalam misi penyelamatan ini,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Zul Husni berkata, operasi menyelamat lima pekerja pembalakan terbabit turut melibatkan empat anggota polis.

Beliau menasihatkan pekerja pembalakan untuk lebih berhati-hati ketika musim tengkujuh dan keluar lebih awal sekiranya kawasan tersebut berisiko dinaiki banjir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI