KUCHING – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 hari ini terus mencatatkan peningkatan peratusan iaitu sebanyak 52 peratus ketika ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, peratusan itu dicatatkan sehingga pukul 3 petang tadi.
Terdahulu, peratusan keluar mengundi dilaporkan pada pukul 9 pagi ialah sebanyak 11 peratus sebelum meningkat kepada 22 peratus pada pukul 10 pagi, 39 peratus pada 12 tengah hari dan 48 peratus pada pukul 2 petang.
SPR sebelum ini menjangkakan sebanyak 70 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab hari ini selepas kesemua pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang nanti. -K! ONLINE