PENYANYI, Mutia Ayu mengakui tidak pernah memuat naik sebarang foto mengenai anaknya, Gewa Atlana Syamanim Latuihamallo yang baru berusia enam bulan dalam media sosial.
Menurut isteri kepada mendiang Glenn Fredly itu, belum tiba masa untuk si kecilnya itu didedahkan dengan sebarang kekalutan dalam media sosial.
“Gewa masih kecil untuk tumpuan yang tidak perlu daripada peminat saya dan mendiang Glenn.
“Buat masa sekarang, saya fikir lebih baik dia seperti bayi biasa dan bukan dianggap selebriti,” ujarnya.
Mutia yang kematian suaminya, Glen pada April lalu memberitahu, dia tetap akan memperkenalkan Gewa kepada umum apabila tiba masanya nanti.