fbpx

PRN Sarawak: Hanya 48 peratus keluar undi setakat 2 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana sebuah pusat membuang undi hari ini. /FOTO MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUCHING- Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 hari ini mencatatkan peratusan sebanyak 48 peratus setakat pukul 2 petang tadi.

Peratusan itu dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Terdahulu, peratusan keluar mengundi dilaporkan pada pukul 9 pagi ialah sebanyak 11 peratus sebelum meningkat kepada 22 peratus pada pukul 10 pagi dan 39 peratus pada 12 tengah hari.

SPR sebelum ini menjangkakan sebanyak 70 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab hari ini selepas kesemua pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang nanti.

Ketika ini, beberapa kawasan di sekitar Sarawak seperti Kuching, Bau dan Serian masih lagi hujan seperti diramal Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI