fbpx

Jambatan Kampung Kerinting tenggelam buat kali kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jambatan besi Kampung Kerinting, Gua Musang yang merentasi Sungai Ketil tenggelam dan ditutup kepada semua kenderaan. /FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Jambatan besi Kampung Kerinting merentasi Sungai Ketil tenggelam buat kali kelima tahun ini selepas hujan turun berterusan sejak kelmarin.

Jambatan besi berusia lebih 30 tahun itu menghubungkan Bandar Lama dan Kampung Kerinting di sini tenggelam akibat hujan lebat sejak pagi semalam.

Keadaan itu menyebabkan laluan itu masih ditutup kepada semua kenderaan sejak pukul 10.30 pagi semalam.

Seorang penduduk Kampung Kerinting, Ali Mamat, 56, berkata, sudah menjadi perkara biasa apabila berlaku hujan lebat air Sungai Ketil akan cepat melimpah.

Katanya, sebelum ini kenaikan paras air sungai tidak lama selepas hujan berhenti air melimpahi jambatan akan cepat surut.

“Jambatan besi itu merupakan laluan pintas bukan sahaja untuk ke Kampung Kerinting malah ia menjadi laluan ke Kampung Nerang, Kampung Kundur, Kuala Betis, Lojing dan Cameron Highlands.

“Sudah lebih lima kali jambatan tersebut tenggelam pada tahun ini dan kami tidak dapat menggunakan jambatan sehingga air surut,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurut seorang lagi penduduk, Siti Mariam Ismail, 45, jambatan itu penting sebagai laluan untuk ke Bandar Lama Gua Musang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI