PUTRAJAYA – Sebanyak 4,083 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 2,715,847 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada ciapan di laman Twitter di sini hari ini. -K! ONLINE