fbpx

Saifuddin sertai sesi luar biasa OIC bincang isu Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (depan, tengah) bergambar dengan komuniti Afghanistan di Malaysia pada pertemuan khas di UIAM, Gombak, kelmarin. /FOTO IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah bakal mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Sesi Luar Biasa Ke-17 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Pakistan esok.

Menurut kenyataan Wisma Putra, sesi Majlis Menteri Luar Negeri tersebut didahului dengan Mesyuarat Para Pegawai Kanan OIC di ibu kotanya, Islamabad sepanjang hari ini.

“Mesyuarat itu diadakan atas seruan Arab Saudi sebagai Pengerusi Sidang Kemuncak Islam OIC untuk berbincang situasi kemanusiaan di Afghanistan,” kata kenyataan berkenaan.

Pakistan telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat tersebut yang akan membincangkan langkah terbaharu dalam pengurangan kesan krisis kemanusiaan di negara berkenaan bagi mencari mekanisme memastikan bantuan sewajarnya dapat diselaras dengan baik demi kepentingan lebih 40 juta rakyatnya.

Satu kenyataan akhir bakal diterima pakai sebagai dokumen hasil mesyuarat tersebut malahan Saifuddin dijangka menyampaikan pendirian Malaysia sewaktu persidangan berlangsung.

Afghanistan dilanda konflik selepas Presiden Mohammad Ashraf Ghani melarikan diri ke negara jirannya, sekali gus menyaksikan Taliban mengambil alih kuasa pada 15 Ogos lepas, dengan penguasaan kumpulan itu mengulangi sejarah ia menawan Afghanistan pada 1996 ekoran krisis politik yang meletus sebelum negara tersebut diceroboh Amerika Syarikat pada 2001.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, Saifuddin akan mengenengahkan keazaman Malaysia membantu warga rentan Afghanistan menerusi misi kemanusiaan badan bukan kerajaan sekali gus mengesahkan sokongan terhadap penyelesaian secara aman dan berkekalan demi kepentingan Afghanistan dan rakyat awamnya yang jelas tidak berdosa. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI