fbpx

Banjir: Selangor rekod 3,086 mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kediaman penduduk di Klang yang dinaiki banjir, hari ini.

KLANG – Jumlah mangsa banjir kilat di Selangor terus meningkat menjadi 3, 086 berbanding 1,011 sebelum ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, kesemua mangsa banjir itu melibatkan daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang.

“Angka tertinggi adalah di Klang yang mencatatkan 2,604 mangsa di 17 buah pusat pemindahan sementara (PPS)

“Manakala bagi Kuala Langat dan Sepang adalah seramai 482 individu yang ditempatkan di sembilan PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, berdasarkan data juga menunjukkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia mencatatkan jumlah pemindahan mangsa paling tinggi dengan 793 individu diikuti SK Telok Gong (681) dan Masjid Al-Islah (256). – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI