fbpx

Adik Adam teruja dapat ke Legoland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik Mohd. Adam (dua kiri) ditemani Pegawai Daerah Pontian, Mohd. Raffi Abdullah bersama bapanya, Abd. Rahman serta kakak, Irin Nadiya meluangkan masa ke Legoland hari ini.

JOHOR BAHRU – Hasrat seorang bapa untuk menunaikan impian terakhir anaknya yang menghidap penyakit jantung terbalik untuk ke taman tema tercapai apabila mereka sekeluarga diberi layanan istimewa oleh pihak pengurusan Legoland, Iskandar Puteri di sini.

Mohd. Adam Amsyar, 9, yang menghidap penyakit yang jarang ditemui itu atau dalam bahasa saintifiknya mitral atresia bersama bapanya, Abd. Rahman Ahmad, 47, serta kakaknya, Irin Nadiya, 11, dibawa ke Legoland hari ini.

Menurut Abd. Rahman, mereka sekeluarga berbesar hati merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua terlibat terutamanya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menaja sepenuhnya penginapan dua hari satu malam di taman tema berkenaan.

Mohd. Raffi bersama Mohd. Adam mencuba salah satu permainan.

“Alhamdulillah syukur sangat-sangat apabila kekangan kami sekeluarga mendapat perhatian pihak Istana Johor terutamanya TMJ. Saya dihubungi semalam sejurus berita tentang anak saya disiarkan dalam akhbar.

Berita berkaitan: TMJ taja pesakit jantung terbalik ke Legoland

“Hari ini dalam pukul 10 pagi kami dijemput untuk ke Legoland. Tengok Mohd. Adam dapat main dengan seronok lega sikit biarpun dia tahu hayatnya tidak lama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, berita tentang seorang bapa yang tinggal di Kampung Parit Haji Ahmad, Sanglang, Pontian dekat sini yang buntu mengenangkan nasib hidupnya apabila bukan sahaja terpaksa mengehadkan pekerjaannya sebagai pemandu lori selepas kematian isteri, malah berdepan dengan ujian apabila anaknya disahkan menghidap penyakit jantung terbalik.

Susulan itu, Tunku Ismail berkenan menaja sepenuhnya perjalanan Mohd. Adam ke Legoland selain kos perubatan turut diberi perhatian. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI