fbpx

Termakan perut babi jadi konten, Norreen Iman dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pempengaruh media sosial dan pelakon, Norreen Iman mendedahkan termakan perut babi secara tidak sengaja ketika berada di London.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial (influencer) yang kini membina nama sebagai pelakon, Norreen Iman dikecam segelintir netizen kerana tidak sensitif apabila secara tidak sengaja, termakan perut babi di London.

Tindakan pemilik nama lengkap, Norreen Iman Abdullah yang menjadikan isu berkenaan sebagai konten dalam laman Instagram membuatkan orang ramai tidak berpuas hati.

“Kau pergi negara orang putih, bukan Jepun, Thailand atau Zimbabwe sampai tak tahu beza, membaca dan tak tahu nak sahkan dahulu.

“Kesian khinzir dipersalahkan. Dia (babi) dah mati lama, kau elok kunyah. Sekarang nak cari tanah nak sagat lidah pula,” ciap seorang netizen.

Seorang netizen lagi mempersoalkan tingkah lakunya ‘mengiklankan’ perkara terbabit dengan menulis: “Ada garisan halus antara kesilapan yang tidak disengajakan dengan kebodohan yang dibuat-buat.”

Terdahulu, menerusi satu muat naik video dalam Instagram, Norreen mendedahkan, dia dan suaminya, Razzi, termakan sandwich yang mengandungi perut babi sebaik sahaja sampai di London.

“Kejadian hari pertama sebaik sahaja sampai London! Baru hari pertama Norreen, bukan saya je termakan, dengan Razzi (suami) pun termakan sekali. Nasib Andi Bernadee tak makan. Janna Nick pening,” tulis Norreen menerusi ruangan kapsyen.

“Nasib saya tak makan babi lemak tepi ini,” kata Andi Bernadee yang turut kelihatan dalam video yang dimuat naik, pempengaruh media sosial, Norreen.

Pun begitu, ramai yang mempertikaikan tindakannya kononnya tidak sengaja termakan perut babi sedangkan sudah terang tulisan perkataan ‘pork belly’ di belakang bungkusan sandwich.

Pelakon drama rantaian Rindu Awak Separuh Nyawa itu memberitahu, dia sudah menonton video Ustaz Azhar Idrus mengenai isu termakan babi.

Katanya, dia tidak perlu samak atau berkumur dengan air tanah seperti yang didakwa netizen sebelum ini kerana babi yang dimakannya itu bukan daging babi yang mentah tetapi yang sudah diproses.

“Saya makan makanan yang telah diproses yang mana lemaknya telah dibersihkan. Bahan kimia sudah dibuang. Tak perlu samak. Hukumnya pun tak bersalah kerana tak tahu dan tidak sengaja,” kata Norreen.

Difahamkan, Norreen kini berada di London bersama beberapa rakan artis lain iaitu Janna Nick, Andi Bernadee dan Dini Schatzmann. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI