fbpx

Kerap dibuli, Dekta menyesal jadi perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Dekta yang menangis selepas bergaduh dengan abang dan adiknya menyentuh hati netizen.

JIKA sebelum ini, si abang Uwais Alqarni dan si adik, Ariq Matin pernah tular, kini giliran anak kedua Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra, 8, atau Dekta pula tular dalam media sosial.

Semuanya gara-gara video yang dimuat naik dalam Instagram milik Siti Sarah memaparkan Dekta menangis-nangis selepas bergaduh sesama abang dan adiknya.

Dalam hantaran yang mengakui Dekta seorang ‘kuat’ berdrama apabila berselisihan faham dengan adik-beradik itu turut kedengaran dia menyesal dilahirkan sebagai perempuan kerana kerap dibuli.

“Dekta dan drama berpisah tiada ya. Siapa anak perempuan dia macam ni? Tak boleh usik sikit, menangis seperti kena pukul. Si Matin dah takut tu sebenarnya. Haih la anak-anak, waktu kecil ini bergaduh dulu, apabila sudah besar nanti baru rindu,” tulis dalam hantaran tersebut.

Disebabkan video tersebut, ramai yang sebak sehingga teringat pada arwah ibunya.

“Aduh berair air mata, teringat arwah ibu dia. Kalau ibu ada pasti akan memujuk Dekta,” komen seorang netizen sebak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI