fbpx

Tujuh bulan menyepi, vlog baharu Jennie trending

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIE

SELEPAS tujuh bulan sunyi sepi dan langsung tidak memuat naik kandungan terkini dalam laman rasmi YouTubenya, Jennie kini muncul sekali gus mengubat rindu peminat.

Menerusi video terbaharu dimuat naik, Jennie memberitahu dia terlalu sibuk dengan kerja-kerja seni dan jadualnya yang begitu padat tidak kira di dalam mahupun luar negara.

Terbaharu, berkesempatan memuat naik video berjudul Bakery Tour Vlig buat peminat dan pengikut YouTubenya, Jennie memaparkan dia sempat pergi ke sebuah premis bakeri dan memborong pelbagai jenis roti serta pastri buat dirinya dan anggota Blackpink lain.

Dalam vlog berdurasi 11 minit tersebut, penyanyi lagu Solo itu turut membawa peminat mengunjungi kedai roti serta tempat-tempat yang tular sekitar bandar Seoul dan makan bersama.

Selepas lawatan, dia mencuba lima roti pilihan terbaiknya dan turut dikongsikan dengan kakitangan yang bekerja di syarikat naungannya, YG Entertainment.

Setakat artikel ini ditulis, vlog tersebut menduduki tempat ke-20 trending dalam YouTube dan sudah ditonton lebih tiga juta penonton tidak sampai 24 jam dimuat naik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI