fbpx

Pelakon Danny Dyer percaya makhluk asing hidup di Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Danny Dyer turut percaya bahawa makhluk asing telah berada ketika tamadun Mesir purba. – PA

LONDON – Pelakon dari Britain, Danny Dyer mendedahkan bahawa dia percaya makhluk asing berada di sekeliling manusia dan sedang memantau kemusnahan yang dilakukan terhadap Bumi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut bintang drama bersiri EastEnders itu, makhluk asing sedang memantau sikap manusia ketika isu pemanasan global mengancam Bumi.

“Makhluk asing berada dalam kalangan kita. Mereka melihat bagaimana kita sedang memusnahkan Bumi ini,” katanya dalam satu temu bual podcast, Sorted With The Dyers.

Tambah Dyer, dia turut percaya bahawa makhluk asing telah berada Bumi sejak era tamadun Mesir purba lagi, di mana terdapat bukti pada ukiran dinding yang dilakukan oleh manusia zaman tersebut.

“Mereka juga sering melihat makhluk asing, namun kerana ketiadaan internet, mereka tidak boleh menyatakannya secara rasmi.

“Satu-satunya cara adalah dengan mengukir kejadian tersebut di dinding,” ujarnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI