PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menaja seorang kanak-kanak menderita penyakit jantung terbalik yang berhajat untuk ke taman tema Legoland, Johor Bahru bersama ahli keluarganya.
Perkara itu dikongsi Tunku Ismail menerusi laman Twitter @HRHJohorII hari ini.
“Alhamdulillah jumpa nanti adik Adam,” ciap Tunku Ismail.
Mohd Adam Amsyar, 9, meluahkan hasrat itu ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Parit Haji Ahmad, Sanglang di sini semalam.
Bapa kanak-kanak itu, Abd. Rahman Ahmad, 47, bagaimanapun terpaksa memendam hasrat tersebut kerana tidak berkemampuan.
Rata-rata orang ramai merasa terharu dengan budi baik TMJ dan segala kebaikannya yang dilakukan terhadap kanak kanak itu dan kekluarganya.
“Alhamdulillah. Untuk yang ini saya mendoakan Allah memberikan sebanyak-banyak rahmat dan berkat ke atas Tuanku sekeluarga,” jelas @chubb.
“Alhamdulillah. Terima kasih @HRHJohorII pantas dan tanpa mengira masa membantu rakyat Johor. Semoga tunku dan seluruh kerabat diRaja Johor sentiasa dlm lindungan Allah,” ujar @m_nuqman.
“Alhamdulillah. Semoga anak istimewa tersebut bergembira di Legoland dan didoakan agar segala berjalan lancar buat anak tersebut dan keluarga,” kata @DanialMDMY – K! ONLINE