fbpx

Arsenal sudah pulih, Arteta mahu pemain kekal konsisten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA (kanan) mahu para pemainnya terus kekal konsisten dan belajar daripada kesilapan yang dilakukan pada awal musim ketika Arsenal kini sudah berjaya memperbaiki kedudukan. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menjelaskan pa­su­kannya sudah mempelajari sesuatu daripada permulaan su­kar yang dihadapi pada awal musim.

Selepas menang 2-0 ke atas West Ham United, perkara utama yang dimahukan Arteta adalah kekal konsisten untuk memacu pasukan ke kedudukan lebih baik.

“Kami berada di tempat lebih baik dan kami mahu terus me­nuju ke kedudukan lebih tinggi. Kami perlu mencari konsistensi kerana liga ini cukup sukar.

“Kami berdepan beberapa ke­sukaran sepanjang kempen, namun saya fikir kami sudah pun belajar daripada situasi itu.

“Kami perlu kuatkan kerja­sama bermula daripada pihak atasan hingga ke peringkat lebih bawah.

“Jelas sekali ia petanda yang positif. Kami menunjukkan pe­ningkatan tetapi kami masih ada banyak perkara untuk dilakukan dan perlu sedar tentang keperluan itu,” katanya.

Dalam tiga perlawanan awal, Arsenal mengalami kekalahan hingga menyaksikan kelab itu ber­ada di kedudukan tercorot.

Bagaimanapun, kelab dari London itu sedang mengharungi 10 perlawanan tanpa kalah dalam kesemua pertandingan sekali gus mengurangkan tekanan buat Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI