fbpx

Lagi kawasan cari emas di Setiu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan penemuan emas yang mengorbankan seorang penternak lembu telah dikambus dan diarahkan tutup oleh Pejabat Tanah dan Daerah Setiu di Kampung Air Sejuk, Setiu kelmarin.

SETIU – Kawasan pinggir kebun getah yang meragut nyawa seorang penternak lembu Rabu lalu bukan satu-satunya lokasi yang diteroka segelintir penduduk setempat untuk mencari emas di Kampung Air Sejuk di sini.

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung Air Sejuk, Kamarudin Mad Nor berkata, sebuah kawasan lain yang terletak berhadapan lokasi insiden telah menjadi tumpuan mendulang emas secara kecil-kecilan sejak lebih enam tahun lalu.

“Kawasan itu hanya dipisahkan dengan Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dengan lokasi yang meragut nyawa mangsa (Mohd. Johari Mohd. Asri) pada Rabu lalu.

“Bezanya, ia merupakan tanah persendirian berbanding lokasi insiden pula rizab jalan yang merupakan milik kerajaan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Kamarudin berkata, berdasarkan pengetahuannya, aktiviti mendulang emas di tanah persendirian itu dilakukan dalam skala kecil dan sekadar menjadi pendapatan sampingan pencarinya.

Beliau berkata, kebanyakan pencari emas itu terdiri daripada golongan kesempitan yang terdesak mencari wang demi menyara hidup.

“Saya difahamkan emas yang diperolehi dalam bentuk debu sahaja. Hasil emas diperolehi tidak lumayan dan sekadar cukup makan mereka sahaja,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan Mohd. Johari maut tertimbus di dalam lubang yang digalinya sedalam tiga meter dipercayai untuk mencari emas.

Dalam kejadian pada pukul 5.10 petang itu, mangsa ­berusia 34 tahun yang mencari emas dalam hujan bersama ibu dan bapa tirinya gagal menyelamatkan diri selepas tanah digalinya sedalam kira-kira 3.05 meter tiba-tiba runtuh.

Berita berkaitan: ‘Gali emas hanya tiga kali setahun’

Berita berkaitan: Maut tertimbus ketika menggali emas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI