REMBAU – Trafik sesak lebih 11 kilometer susulan nahas empat buah kenderaan di Kilometer 233, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan), di sini petang tadi.
Jurucakap polis berkata, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Lexus dan Honda BR-V serta kereta jenis Peugeot dan Toyota Yaris.
“Dalam kemalangan langgar belakang ini, kesemua pemandu berusia lingkungan 21 tahun hingga 54 tahun tidak mengalami kecederaan serius. Bahkan, kesemua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan sudah dialihkan.
“Bagaimanapun sehingga pukul 6.30 petang trafik masih sesak susulan cuaca hujan serta aliran trafik bertambah,” katanya di sini hari ini.