KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran jingga iaitu hujan lebat di Kelantan dan Terengganu sehingga esok
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran kuning iaitu tahap waspada dikeluarkan untuk seluruh Pulau Pinang dan Perak.
“Hujan berterusan juga dijangka berlaku sehingga 18 Disember (esok) di Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah manakala Pahang pula di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan.
“Bagi negeri Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini pada petang ini. – K! ONLINE