fbpx

Tiga maut nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa nahas yang tersepit dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Labis-Chaah berhampiran Taman Suria, Segamat malam semalam.

SEGAMAT – Tiga maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan berhampiran Taman Suria, Jalan Labis-Chaah di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.12 malam itu, mangsa yang maut adalah pemandu dan penumpang kereta jenis Hyundai Sonata, S. Pannir Selvam, 56, dan S. Meenalatha, 35.

Manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ialah pemandu kereta jenis Proton Iswara, Kamarul Zaman Abdul Shukor, 42.

Menurut Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Hafifie Md. Sarif berkata, kemalangan itu turut melibatkan penumpang kereta Hyundai Sonata cedera dan identiti masih belum dikenal pasti.

“Manakala anak kepada Kamarul Zaman, Mohd. Amirul Hakimi, 18, cedera parah.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Segamat untuk rawatan kecemasan,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Hafifie berkata, pemandu lori treler berusia 43 tahun membawa muatan simen ditemui dalam keadaan selamat.

Terdahulu, dua pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis dan Bandar Baru Segamat dengan kekuatan keseluruhan seramai 15 orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

Punca nahas masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan kira-kira pukul 1.41 pagi tadi – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI